Tuesday, February 1, 2011

Malu kepada Allah…

Malu…sifat malu wajib ada dalam peribadi seorang dai’e..kenapa ana cakap cmtu??malu yg mcm mana yg dimaksudkan ana??ana maksudkan malu yg berlandaskan hadis nabi yg bermaksud, “kalau kamu tak malu,buatlah apa yg kamu suka.” Hadis sahih, hadis 40. Seperti yg kita lihat sekarang ni,ramai antara kita yg menjadi fitnah pada islam.

Kenapa ana cakap macamtu??selamber ana je kan? Ana cakap berdasarkan pemerhatian ana setelah ana dicampakkan dalam kelompok masyarakat masa kini. Apa yg ana lihat, muslimah yg bertudung labuh pada masa kini, malu untuk tampil kehadapan. Terlampau malu untuk menyuarakan pendapat di khalayak ramai. Malu dengan muslimin,sehingga menjadi jumud dalam semua perkara. Sehinggakan sanggup berlapar, tak dapat beli makanan,kerana muslimin ada di situ,atau penjualnya adalah muslimin. Ada juga yg malu untuk menegur mad’u nya melakukan kesilapan dihadapan mata,walaupun itu adalah kesilapan kecil. Pokoknya malu yg tidak bertempatlah.. Sebagai seorang dai’e, sifat malu yg digariskan RASULULLAH adalah malu kepada Allah. Malu kepada Allah harus mengatasi malu kepada benda lain. Kerana dengan malu kepada Allah,ana yakin,antum mesti malu nak lakukan dosa.

Panjang lebar pulak bebel..ana tertarik dengan satu kisah yg membuka mata hati..menusuk kalbu…malu…malu sangat dengan Allah…sesungguhnya diri ini tersangatlah kecil ya Allah..ampunkan kami yg tidak malu ya Allah…hayatilah kisah yg di petik dari buku ‘ketika cinta berbuah syurga, karangan Habiburrahman’.


PADA SUATU HARI, Abu Muslim sampai ke rumahnya. Isterinya menyambutnya di hadapan pintu. Dengan berwajah sedih, isterinya berkata, “Tiada kayu di rumah kita yg boleh digunakan untuk memanaskan badan ketika musim sejuk yg menggigit ini.”

“Di dalam saku ku tidak ada wang dinar atau dirham untuk membeli keperluan kita,” Abu Muslim menjawab dengan hati pilu.

Isterinya menyahut, “Bagaimana kau dapat mengeluh seperti fakir dan tidak punya apa-apa,padahal kau adalah orang yg paling dekat dan di hormati khalifah?? Pergilah kesana dan jelaskan kepadanya keadaan kita, bahawa kita sangat kekurangan seperti orang fakir,dan perlu bantuannya segera. Aku yakin khalifah akan segera membantu dan tidak akan membiarkan kita hidup fakir.”

Abu Muslim menjawab, “Nauzubillah, aku berlindung kepada Allah kalau sampai aku melakukan hal itu. Aku sangat malu kepada Allah. Kalau sampai minta bantuan kepada makhluk ciptaan Allah,padahal Allah Maha Pemurah. Aku tidak mungkin meminta bantuan kepada sesiapa selain Allah.

Lalu, Abu Muslim keluar dari rumahnya dan pergi ke masjid. Setibanya di masjid, dia terus solat dua rakaat. Selepas itu,dia berzikir, beristighfar dan berdoa, “Ya Allah, ya rabbi, wahai tuhan yg Maha Mengetahui Rahsia! Engkau Maha Tahu bahawa aku malu jika meminta pertolongan selain kepada-Mu. Wahai Tuhan yg luas kemurahannya, kurniakanlah kepadaku gandum,sagu,minyak,kacang dan kayu api. Kurniakan pada isteriku pakaian dan tudung,dan kurniakan pada anak ku pakaian dan lembu untuk diminum susunya. Ya Allah!! Kabulkanlah doaku. Amin.”

Kebetulan ketika itu, di dalam masjid ada seorang lelaki yg bekerja sebagai pengawal istana khalifah. Pengawal itu berasa hairan mendengar doa itu. Bergegas dia keluar dari masjid dan terus ke istana. Dia ingin menceritakan kepada khalifah apa yg didengarinya didalam masjid.

Apabila sampai di hadapan khalifah,dia berkata, “ Aku melihat, sekarang ini ada seorang lelaki di masjid yg berdoa pd tuhannya dan meminta hal-hal yg pelik.” Kemudian dia menyebut hal-hal yg diminta oleh lelaki yg tak lain adalah Abu Muslim itu kepada khalifah.

Ketika mendengar hal-hal yg diminta itu,khalifah tertawa dan berkata, “aku yakin,aku tahu siapa lelaki yg berdoa didalam masjid itu. Aku yakin dia adalah Abu Muslim. Dia seorang lelaki yg sangat malu kepada Allah. Sekarang, cuba kau ulangi lagi isi doanya. Aku ingin kirim barang-barang yg dimintanya itu kerumahnya secepat mungkin sebelum dia keluar dari masjid. Setiap satu yg diminta ku gandakan menjadi dua dan dikirimkan kerumahnya.”

Sementara itu,Abu Muslim tetap berada dalam masjid beberapa ketika lamanya untuk membaca al-Quran dan berdoa kepada Tuhan. Setelah dirasa cukup lama,dia keluar dari masjid dan pulang kerumah. Tiba di rumah,isterinya menyambutnya dengan penuh rasa gembira dam kasih sayang.

Isterinya berkata, “Cuba renungkan Abu Muslim,sekarang kita tidak kekurangan lagi. Ini tak lain kerana kau mahu mendengar nasihatku. Akhirnya kau pergi juga ketempat khalifah.”

Abu Muslim terkejut dengan ucapan isterinya. Dia bersumpah bahawa dia tidak pergi bertemu khalifah.bahkan dia tidak berjumpa dengannya selama seminggu.

Isterinya lalu bertanya, “ kalau begitu, ceritakan kepadaku kemana kau pergi dan kepada siapa kau mengadu??”

Abu Muslim menjawab, “ Aku pergi ke masjid dan mengadukan hal kita kepada Allah. Sebagaimana yg kau ketahui selam ini Ummu Muslim, aku sangat malu kepada Allah kalu sampai dia melihat aku meminta bantuan kepada sesiapa selain dia.”

Seketika itu, isterinya menitiskan air mata, terharu. Dia bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada suaminya. “ Alangkah mulianya jiwamu! Alangkah indahnya perbuatanmu,suamiku! Alangkah pengasihnya Allah yg tidak pernah menganiayai hamba-Nya!!"


Kita kaitkan dengan diri kita…sangat jauh…tersangatlah jauh…muhasabah balik diri…dimana tahap rasa malu kita?? adakah kita malu kepada Allah?? Adakah kita malu meminta bantuan selain dari Allah seperti malunya Abu Muslim..

malu nya hamba padaMu ya Allah...ampunkan hambaMu ini ya Allah.....


No comments:

Post a Comment