Sunday, June 19, 2011
Saturday, June 18, 2011
Sampan kehidupan ku...~
Tuesday, June 7, 2011
bagaimana harusku luahkan???
Friday, May 27, 2011
Monday, May 23, 2011
sebiji buah apple T_T
ade kisah disebalik sebiji apple nih......
tak sabar tangan ini mahu berkarya.....
kejung juga rasanya bile dah lame xmelukis,tetibe
dapat idea untuk post yg akan dtg ni,nk post komik....
tajuknya, SEBIJI BUAH APPLE...
Mendapat ilham melalui pengalaman baru2 ini...
time kasih yg tidak terhingga wat k.nurul...
sebab bg idea ni kt husna...
so,bebel pnjg2 xguna jugak...komiknye xsiap2...hesh...
men banyak la ang ni husna....
tunggu punya tunggu,actually da nak siap da...
tp cheq xtau la cmne nk post..scanner ade,tp cane nk masukkan lam posting ni ek???
hope sgt ade yg blh membantu...
sbb cheq nk kkk cheq bace komik ni before cheq pergi dari idopnya die...
ni la susahnya lau kita xpandai IT...
sedangkan seorg da'ie tu,perlu mahir dalam pelbagai bidang...
terutamanya,IT tu sendiri...
sbb islam ni bkn hanya di aplikasikan bila di masjid sahaja...
tp diaplikasikan di segenap kehidupan...
menjadikan islam itu,sebagai sistem dalam kehidupan...
aduh...
bebel-bebel pon,bkn leh settle...
hmm...
xpe!!
ana xkn putus asa...
ana akan sentiasa mencari ilmu Allah tu,sehingga ke lubang cacing...
hehehe
sama-sama nantikan!!!
Tuesday, May 10, 2011
kakak oh UKHTI.....!!!!
Monday, April 25, 2011
Sodiqoti....
namun andai kau hilang...
seperti hilangnya pelangi selepas hujan,
sahabatmu ini pasrah....
kerana diri ini sedar,
bahawa kau bukan milikku...
kau milik tuhanmu...
sahabat....
maafkan daku...
aku mungkin tidak mampu
untuk jadi seperti Abu Bakar as-Siddiq...
yg setia bersama sahabatnya...
hingga ke akhir hayatnya...
aku hanyalah insan biasa...
Angin…
jika kau berhembus lembut melaluinya..
katakana padanya…
aku sahabat dia selamanya…
air….
Jika kau mengalir disinya…
Beritahulah padanya aku memohon maaf atas segalanya..
Bunga…
Jika kau tumbuh mekar disampingnya…
Kau kirimlah wangian tanda terima kasih atas kehadirannya..
Burung…
Jika kau terbang melintasinya…
Sampaikan kataku ini padanya..
AKU SAYANG PADANYA,,KERANA ALLAH…
P/S: terima kasih Atiqah Mohamad Hanafiah....
Saturday, February 5, 2011
Keluhan Seorang Pendakwah...
Letih.
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?
Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?
Sibuk.
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.
Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?
Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?
Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.
Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)
Friday, February 4, 2011
TIADA YANG ABADI........
tiada yang abadi hidup di dunia ini...
di sana yg menanti kehidupan hakiki...
ambillah peringatan,mulakan perubahan...
kembali teman kepada tuhan..
sudah menjadi lumrah yg bernama manusia...
tiada terlepas dari alpa dan dosa...
nafsu yang menghalang,syaitan menipu daya...
hingga terleka dengan dunia...
kita hamba yang lemah dengan arus dunia...
perlukan bantuan penciptanya...
dengan iman dan taqwa pada tuhan yang esa...
syarat pembelaan di dunia...
lambaian kasih sayang dari kami semua..
tanda keimanan kasih sama manusia...
mendapat rahmatnya hidup yang sementara...
akhirat sana kekal bahagia...
buat selamanya.....